Taklimat Kesiapsiagaan Sukarelawan BSMM Negeri Johor Menghadapi Monsun Timur Laut 2023-2024
Description
Sebagai langkah kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana Monsun Timur Laut yang dijangkakan berlaku pada bulan November 2023 hingga Mac 2024, Bulan Sabit Merah Malaysia, Negeri Johor akan bekerjasama dengan Bulan Sabit Merah Malaysia Ibupejabat Kebangsaan dengan mengambil inisiatif iaitu mengadakan taklimat secara dalam talian bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan motivasi yang tinggi di kalangan ahli-ahli Sukarelawan BSMM agar dapat lebih bersedia serta berupaya menghadapi sebarang bentuk bencana dan kecemasan pada bila-bila masa. Program ini juga dapat memupuk kesedaran semangat kesukarelawanan serta peranan mereka dalam tanggung-jawab membantu masyarakat yang ditimpa bencana dan bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan. Selain daripada itu sukarelawan akan dapat berkongsi ilmu serta maklumbalas berkaitan SOP pengurusan bencana dengan tepat dan betul.
Requirement
- Johor
About The Organiser
Ahmad Aidil Bin Nasir
Contact OrganiserSat, Dec 2, 2023, 02:00 PM
3, Jalan Bacang, Kampung Pasir, 81200 Johor Bahru, JohorView Map