PROJEK PRIHATIN KOMUNITI (18/04/2026)

Description
Sesetengah masyarakat, terutamanya warga emas atau individu yang kurang berkemampuan, menghadapi kesukaran untuk menjaga kebersihan kawasan rumah mereka. Rumput yang panjang, semak samun serta tumbuhan liar yang melilit pada tiang dan dinding rumah boleh menjejaskan kebersihan, keselamatan serta keselesaan kediaman. Sekiranya keadaan ini tidak ditangani, ia boleh menyebabkan persekitaran rumah menjadi tidak terurus serta berisiko menjadi tempat pembiakan haiwan berbisa atau serangga perosak. Melalui Projek Prihatin Komuniti ini, sukarelawan PBS akan membantu membersihkan kawasan rumah yang dikenal pasti memerlukan bantuan. Selain meringankan beban pemilik rumah, program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama, kesukarelawanan serta tanggungjawab sosial dalam kalangan ahli PBS di samping mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat.
Requirement
- Miri
About The Organiser

Mohamad Haikal Hakimi Bin Sadaruddin
Tue, May 12, 2026, 12:00 PM