PROGRAM CERAMAH SAFE TO SCHOOL - SAFE TO HOME
Description
Program Ceramah Safe To School - Safe To Home (S2S - S2H) anjuran BSMM Daerah Keningau bersama Pejabat Pendidikan Daerah Keningau dan SMK Gunsanad II. Program ini merupakan program kesedaran keselamatan jalan raya yang dianjurkan bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru berkaitan aspek keselamatan semasa perjalanan pergi dan balik sekolah. Program ini memberi penekanan kepada pendidikan keselamatan jalan raya, pematuhan peraturan lalu lintas serta langkah pencegahan kemalangan dalam kalangan pelajar. Melalui program ini, para peserta didedahkan dengan perkongsian maklumat, kesedaran keselamatan dan pendekatan praktikal yang boleh diaplikasikan di sekolah masing-masing bagi membantu mewujudkan persekitaran perjalanan yang lebih selamat untuk murid.
Requirement
- MRCS Keningau District Only
About The Organiser

Diana @ Nordiana Binti Dennis Oh
Fri, May 15, 2026, 05:00 PM