Headquarter
free
public
Disasters – Others

Pengambilan Siri ke 4 anggota sukarelawan untuk Unit Khas Mencari dan Menyelamat Skuad Gerak Cepat (RDS) BSMM bagi tahun 2022

Description

Unit Khas Mencari dan Menyelamat Skuad Gerak Cepat (RDS) merupakan unit khas BSMM yang dilatih dengan kemahiran teknikal dan taktikal tertentu bagi membantu operasi menyelamat sewaktu bencana, kecemasan serta krisis, seiring dengan peranan Bulan Sabit Merah Malaysia sebagai badan sokongan kerajaan yang diberikan amanah dan tanggungjawab serta mandat seperti yang tertera didalam Arahan Majlis Keselamatan Negara no 18, 20 dan 21. Untuk makluman, Unit pengurusan Bencana BSMM IPK akan mengadakan satu sesi pemilihan dan pengambilan untuk anggota sukarelawan baharu Unit Khas Mencari dan Menyelamat Skuad Gerak Cepat (RDS) bagi Siri Ke 4 tahun 2022, dan ianya adalah terbuka kepada semua sukarelawan dan staff BSMM yang berdaftar dan memenuhi kriteria seperti yang diperlukan. Bagi anggota sukarelawan serta staff yang berminat untuk menjalani sesi pemilihan, boleh menghadirkan diri dengan berpakaian sukan, berkemeja T BSMM dan membawa bersama salinan sijil seperti yang dinyatakan pada 28 Mei 2022, Jam 9.00 pagi bertempat di Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia, PT 54, Lengkok Belfield Off Jalan Wisma Putra, 50460 Kuala Lumpur. Semua calon yang hadir sesi pemilihan juga dikehendaki untuk menjalani sesi ujian fizikal seperti dibawah: 1. Ujian asas pengetahuan Bulan Sabit Merah Malaysia. 2. Ujian kecergasan litar (Push up, Sit up, Star Jump). 3. Larian 2.4km dalam tempoh ditetapkan. 4. Mengangkat beban seberat 50kg bagi lelaki dan 30kg bagi wanita. 5. Mengangkat dan menjulang tangga. 6. Ujian fobia ketinggian. Anggota sukarelawan / staff yang berjaya dalam sesi pemilihan akan dimaklumkan melalui email dan surat rasmi ke BSMM Negeri dan sesterusnya menghadiri sesi latihan Fasa 2 yang dijangkakan akan diadakan secara modular bermula pada bulan Jun 2022 hingga oktober 2022. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Unit Pengurusan Bencana di talian 032142 8122 ext 210 untuk sebarang maklumat lanjut

Requirement

  • Terbuka kepada semua anggota sukarelawan / staff Bulan Sabit Merah Malaysia dan memiliki keahlian yang tidak tamat tempoh
  • Berumur 25-35 tahun dan memiliki ketinggian 160cm (lelaki) 150cm (Wanita) tanpa sepatu
  • Memiliki tubuh badan yang sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik, rabun warna, kurang pendengaran dan telah disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
  • Memiliki Sijil Pertolongan Cemas Lanjutan (Advance First Aid) yang masih sah tempoh. Calon yang memiliki Sijil Basic Life Support (BLS) amatlah dialu alukan
  • Memiliki sijil Bantuan Operasi dan Menyelamat (BBOM)
  • Bagi calon yang memiliki Sijil State Disaster Response Team amatlah dialukan
  • Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam tugas-tugas di lapangan terutamanya dalam respons bencana
  • Berminat untuk menjalankan tugas-tugas yang mencabar seperti menyelamat dan tugas- tugas respons di lapangan yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal

About The Organiser

R

Rozalla Iskandar B Mohamad Rosni

Contact Organiser
Mon, Mar 28, 2022, 09:00 AM -
Tue, May 31, 2022, 09:00 AM
Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia
PT 54, Lengkok Belfield, Off Jalan Wisma Putra, 50460 Kuala LumpurView Map
Berpakaian sukan dan Baju T BSMM

0 person going