MAKLUMAN KEPUTUSAN PEMILIHAN JAWATANKUASA BULAN SABIT MERAH DI PERINGKAT BELIA NEGERI DI KEDAH DAN SARAWAK & PERINGKAT NEGERI DI JOHOR, KELANTAN, PAHANG & PULAU PINANG
Description
Pemilihan Jawatankuasa Belia Negeri & Negeri Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah dilaksanakan secara fizikal menggunakan kaedah sistem pemilihan elektronik pada 21 September 2024 (Sabtu) bagi peringkat Jawatankuasa Belia Negeri Kedah & Sarawak dan peringkat Jawatankuasa Negeri di Johor, Kelantan, Pahang & Pulau Pinang. Senarai keputusan penuh telah dikemukakan kepada Jawatankuasa Kecil Suruhanjaya Pemilihan bagi Belia Negeri yang terlibat. Semua ahli BSMM boleh merujuk kepada pihak Ibu Pejabat Negeri (IPN) masing-masing untuk mengetahui keputusan penuh pemilihan. Bagi tujuan keseragaman serta selaras dengan Bab VI dan VII Perlembagaan BSMM serta menurut peruntukan Artikel 40.7 Perlembagaan BSMM, Jawatankuasa Belia yang dipilih hendaklah memegang jawatan setelah beroleh kelulusan dari Lembaga Pengelola. Bagi Jawatankuasa BSMM Negeri pula, selaras dengan peruntukan Artikel 40.7, ahli Jawatankuasa Negeri hendaklah memegang jawatan setelah beroleh kelulusan dari Lembaga Pengelola.
Requirement
- AHLI BSMM