Kursus Persijilan Pertolongan Cemas Asas, Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan Defibrilator Luaran Automatik (AED) (VBFA1021)

Description
Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Belia, Kadet dan Muda dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan Bulan Sabit Merah Malaysia Ibu Pejabat Negeri Sabah akan menganjurkan Kursus Persijilan ke-3, iaitu Pertolongan Cemas Asas, Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) dan Defibrilator Luaran Automatik (AED) (VBFA1021) SEKURANG-KURANGNYA 14 JAM KURSUS. Kursus ini bertujuan untuk melengkapkan kursus asas kepada para ahli, terutamanya guru-guru pemimpin. Selain itu, kursus ini juga merupakan salah satu keperluan penting dalam usaha melahirkan jurulatih sekolah yang bertauliah. Pelaksanaan kursus secara bersemuka/Fizikal ini dilaksanakan mengikut zon. Zon yang terlibat kali ini meliputi 5 daerah iaitu daerah Kota Kinabalu, Putatan, Tuaran , Penampang, papar. Pelaksanaan Kursus di Zon yang lain akan dilaksanakan secara berperingkat selepas bulan Jun.
Requirement
- Sabah chapter only
About The Organiser
Alvin Tong Vun Cheun
Contact OrganiserSat, May 10, 2025, 05:30 PM
Lot No. 2, Kompleks Badan-Badan Sukarela, KM 4 Jalan Tuaran, 88802 Kota Kinabalu, SabahView Map