Kempen Derma Darah/ Blood Donation Camp
Description
DERMA DARAH sekiranya anda pernah menderma darah walaupun sekali, anda adalah merupakan insan yang istimewa dan sumbangan yang telah diberikan tidak ternilai harganya!! Untuk menderma darah seseorang didorong oleh banyak faktor termasuk kesedaran diri sendiri untuk berbakti, ingin membantu pesakit yang mungkin terdiri daripada saudara mara dan kawan, ataupun akibat pengaruh rakan-rakan dan saudara mara. Sepertimana kita sedia maklum, darah merupakan satu komponen penting dalam perawatan kesihatan. Keperluan dan permintaan terhadap darah semakin meningkat hasil kemajuan teknologi perubatan dan peningkatan bilangan hospital kerajaan dan swasta. Rawatan kes-kes seperti pembedahan jantung, pemindahan organ, rawatan pesakit-pesakit talasemia, haemofilia dan anemia memerlukan pemindahan darah. Tarikh : 23 September 2023 (Sabtu) Masa : 10.00 Pagi – 5.00 Petang Tempat : Aeon Mall Rawang Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Muhillan (+6016-238 6627)
Requirement
- Gombak
About The Organiser
Kumar Subramaniam
Contact OrganiserSat, Sep 23, 2023, 06:00 PM