Bual Bicara Kemanusiaan: Mengapa anda (belia) patut mengambil peduli tentang pemansuhan senjata nuklear?
Description
Bual bicara siaran langsung anjuran bersama Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) Delegasi Serantau Kuala Lumpur dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), akan menumpukan kepada Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW). Kedua-dua ICRC dan BSMM merupakan sebahagian daripada pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dan bersama-sama, terdapat pendirian yang jelas bahawa senjata nuklear tidak dapat mematuhi prinsip asas undang-undang kemanusiaan antarabangsa kerana senjata itu mampu menyebabkan penderitaan dan kemusnahan yang tidak terkata seperti yang disaksikan di Hiroshima dan Nagasaki. TPNW, adalah perjanjian pertama yang berkuat kuasa di seluruh dunia untuk melarang senjata nuklear berdasarkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa (UUKA), yang mula berkuatkuasa pada 22 Januari 2021. Malaysia berbangga menjadi antara 50 negara pertama yang menjayakan perjanjian itu apabila negara itu meratifikasi perjanjian itu pada 30 September 2020.
Requirement
- Ahli Kadet BSMM
- Ahli PBS BSMM