Chapter
paid
public
Training – Workshop (Physical)

BENGKEL LIBAT URUS GURU PENASIHAT BSMM DAERAH TAWAU

Description

JEMPUTAN BENGKEL LIBAT URUS PENGURUSAN GURU PENASIHAT BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) DAERAH TAWAU Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman pihak Tuan, pihak BSMM Daerah Tawau dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau akan menganjurkan Bengkel Libat Urus Pengurusan Guru Penasihat BSMM Daerah Tawau. 3. Tujuan utama bengkel ini dianjurkan adalah untuk menyalurkan maklumat terkini serta memberikan pendedahan mengenai aspek pengurusan pentadbiran bagi kategori Belia (Youth) kepada semua unit Sekolah Rendah (Junior) dan Sekolah Menengah (Cadet) di Daerah Tawau. Usaha ini amat penting bagi memastikan BSMM Daerah Tawau dapat diperkasakan semula melalui penglibatan aktif unit-unit sekolah. 4. Sehubungan dengan itu, pihak BSMM Daerah Tawau memohon jasa baik pihak Tuan agar dapat memberikan kebenaran kepada sekurang-kurangnya seorang guru penasihat BSMM daripada setiap unit sekolah untuk menghadiri bengkel tersebut mengikut ketetapan berikut: Tarikh : 12 Mac 2026 (Khamis) Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari Tempat : Dewan Besar SJKC Kung Ming, Tawau Sasaran : Guru-guru Penasihat BSMM (Sekolah Rendah & Sekolah Menengah) 5. Bagi tujuan penyelarasan urusan, guru yang terpilih dikehendaki untuk membuat pengesahan kehadiran melalui pautan Google Form berikut: https://bit.ly/BLUBSMM2026 atau imbasan QR code dalam Lampiran A. 6. Bersama-sama ini disertakan pautan https://bit.ly/BORANGADMIN atau imbasan kod QR dalam Lampiran B bagi tujuan mendapat borang pendaftaran Admin Sekolah MRCS. Guru penasihat diminta melengkapkan borang tersebut mengikut maklumat sedia ada sebagai persediaan awal sebelum menghadiri bengkel. Manakala, mana-mana bahagian yang belum dikenal pasti cara pengisiannya boleh dibiarkan kosong terlebih dahulu. 7. Seterusnya, sukacita dimaklumkan bahawa setiap peserta akan dikenakan yuran komitmen sebanyak RM 10.00. Bukti pembayaran yuran tersebut hendaklah dimuat naik ke dalam pautan Google Form pengesahan kehadiran yang telah dinyatakan bagi tujuan rekod dan pengurusan. 8. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak Tuan boleh menghubungi Pengerusi Jawatankuasa VAD, Encik Chin Yin Min di talian 011-2746 8799. Pihak kami amat mengharapkan pertimbangan dan kelulusan daripada pihak Tuan bagi menjayakan program ini. 9. Segala kerjasama dan perhatian yang pihak Tuan berikan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Requirement

  • GURU PENASIHAT BSMM DAERAH TAWAU

About The Organiser

Len Yink Hau

Contact Organiser
Thu, Mar 12, 2026, 07:30 AM -
Thu, Mar 12, 2026, 12:30 PM
Dewan SJKC Kung Ming, Tawau, Sabah
Taman Berjaya, 91007 Tawau, SabahView Map
BAJU BSMM T-SHIRT @ VEST BSMM @ BAJU KOPERAT BSMM

0 person going